comscore
Tumpuan :
Nasional

Mohamad Sabu jalani pembedahan

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dimasukkan ke Hospital Putrajaya hari ini kerana masalah apendiks.

Kenyataan pejabat menteri berkenaan menyebut beliau dijadualkan menjalani pembedahan apendiks pada malam ini atas nasihat pakar perubatan.

Kesihatan beliau kini dalam keadaan stabil dengan pemantauan rapi.

Atas nasihat pihak hospital, buat masa ini hanya ahli keluarga terdekat yang dibenarkan melawat.

“Sama-sama kita doakan YB Datuk Seri diberikan kesembuhan dan pulih seperti sediakala,” kata kenyataan itu lagi. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini