KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) mengesahkan terdapat insiden kematian di Kompleks Kementerian Kewangan hari ini.
MoF dalam satu kenyataan berkata, waris keluarga mangsa telah dimaklumkan berhubung kejadian itu.
“MoF turut berdukacita dengan kejadian dan merakamkan takziah kepada keluarga mangsa.
“MoF memberikan kerjasama penuh dan telah menyerahkan hal ini kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam satu kenyataan mengesahkan penemuan mayat lelaki dalam keadaan terbaring dengan leher dan kaki terjerut menggunakan ‘cable tie’ di Pejabat Perbendaharaan, MoF di Putrajaya, jam 10.56 pagi tadi.
Mangsa berusia 45 tahun adalah kakitangan jabatan berkenaan.
Tambahnya, tiada sebarang unsur jenayah ditemui di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.