comscore
Tumpuan :
Nasional

MKT UMNO akan bincang lebih lanjut keputusan PRK Kemaman – Johari

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (duduk, tengah) ketika Majlis Konvokesyen Smart College Keenam di Ampang. – Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan mengadakan perbincangan lebih lanjut untuk menilai apakah faktor yang menyebabkan kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, yang berlangsung semalam.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, terlalu awal untuk menyatakan mengapa kekalahan yang disifatkan lebih teruk ini berlaku, memandangkan belum mendapat butiran lebih lanjut.

“Dalam mesyuarat nanti, kita akan lihat apakah sebab, mengapa kita kalah lebih teruk daripada Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) lalu. Kita kena kaji perkara ini dengan betul.

“MKT UMNO akan mengkaji lebih mendalam mengenai keputusan PRK Kemaman semalam,” katanya ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Ke 6 Kolej SMART, di sini, hari ini.

Semalam, calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menang dengan majoriti 37,220 undi apabila mendapat 64,998 undi manakala lawannya dari BN, Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mendapat 25,023 undi.

Loading...
Terkini