Tumpuan :
Nasional

MKN adakan mesyuarat bincang status pelajar guna pangkalan haram Sungai Golok

Foto fail NSTP

RANTAU PANJANG: Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengadakan mesyuarat pagi ini bagi membincangkan isu sempadan termasuk status hampir 500 pelajar dari Thailand yang menggunakan pangkalan haram di Sungai Golok untuk ke sekolah di Rantau Panjang, di sini.

Mesyuarat yang berlangsung jam 10 pagi itu diadakan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS).

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Keselamatan) MKN, Hamzah Ishak.

Pelbagai agensi turut hadir pada mesyuarat berkenaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Media sebelum ini melaporkan, Polis Kelantan akan menahan mana-mana individu yang menggunakan pangkalan haram untuk menyeberangi sempadan negara dan Thailand di sepanjang Sungai Golok, berkuat kuasa 1 Disember ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat ketika mengumumkan perkara itu berkata, mereka melakukan kesalahan itu akan ditahan mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini