comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Misteri kehilangan Afham: ‘Balik lah Afham, kami semua risau’ – Kakak 

 

Oleh: Fareez Azman

KLANG: ‘Baliklah Afham, kami semua menunggu dan kami risau,” itu luahan kakak kepada penyanyi, Nidza Afham, 23, yang dilapor hilang selepas keluar jogging di Stadium Klang, Selangor, kira-kira jam 11.53 malam semalam.

Jelas Nur Irfahanie Mokhtar, 30, keluarganya tidak berputus asa terus mencari dimanakah adiknya itu sejak malam semalam.

“Ini memang rutin dia jogging malam untuk ‘post recovery’ kecederaan lutut dia. Dia kalau pergi (jogging) dia memang balik rumah.

@buletintv3

“Balik lah Afham, kami semua menunggu dan kami risau,” itu luahan kakak kepada penyanyi, Nidza Afham, 23, yang dilapor hilang selepas keluar jogging di Stadium Klang, Selangor, kira-kira jam 11.53 malam semalam. Jelas Nur Irfahanie Mokhtar, 30, keluarganya tidak berputus asa sehingga kini, terus mencari adiknya itu. #BuletinTV3 #beritaditiktok #NidzaAfham #keshilang

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

“Malam semalam yang sedar teman wanita dia, bila 9 malam Afham tak balas text. Dalam jam 11 malam, teman wanita dia tengok lokasi terakhir adik saya di jambatan ini,” katanya ketika ditemui Buletin TV3 di lokasi terakhir telefon bimbit mangsa ditemui.

Laporan polis telah dibuat awal pagi tadi dan ahli keluarganya terus usaha dalam mencari di manakah keberadaan Afham ketika ini.

“Ayah saya ada tadi, dia ada dekat sini (jambatan) memang dia azan dan menangis sebab kita tak tahu kalau kemungkinan lain, kita tak pernah tahu dia ada masalah atau tidak.

“Afham orangnya baik dia tak ada masalah, dia memang senang berkawan, dia adik sangat baik. Kami buntu, saya pun sekejap menangis, sekejap okay.

“Hanya Allah je tahu, sebagai kakak, saya ‘anxiety’ teruk sampai muntah-muntah sebab risau, mak ayah saya lagi patah hati anak hilang tiba-tiba,” jelasnya.

Ketika operasi mengesan mangsa dijalankan pihak berkuasa, ahli keluarga jelas Nur Irfahanie, mengharapkan adiknya itu kembali dengan selamat.

“Balik lah Afham, kalau Afham melarikan diri, kenapa? Kita semua adik-beradik rapat, tahu masalah masing-masing.

“Kalau Afham dengar ni, tolong lah pulang, kita semua tunggu kita semua risau sebab Afham bukan macam ni dan tak pernah macam ni. Kalau Afham tidur rumah kawan pun Afham bagitahu, balik lah,” luahnya dalam keadaan sebak.

Terdahulu, mangsa dilapor hilang selepas keluar jogging di Stadium Klang, Selangor, kira-kira jam 11.53 malam semalam.

Mangsa dikatakan keluar rumah pada jam 7.54 petang semalam dengan menaiki e-hailing ke Stadium Klang.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan tidak membalas mesej dan mengangkat telefon, selepas teman wanitanya cuma menghubungi beliau kira-kira jam 9.04 malam.

Lokasi terakhir mangsa dipercayai di Jambatan Kota di Jalan Perbandaran selepas dompet dan telefon bimbit miliknya ditemui ahli keluarga sekitar jam 1 pagi tadi.

Afham, 23, yang juga abang kepada penyanyi, Aufahanie pernah menyertai rancangan realiti ‘I Can See Your Voice 3’, sebelum melancarkan single berjudul Ternyata Bukan Aku.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini