Tumpuan :
Nasional

Misteri ayam hilang terjawab, ular sawa 50kg berjaya ditangkap

Foto Ihsan APM

BALING: Kehilangan ayam yang kerap berlaku kebelakangan ini di Kampung Charok Gorok, Asam Jawa, dekat sini terjawab apabila seekor ular sawa batik berjaya ditangkap oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), hari ini.

Kelibat seekor ular sawa seberat 50 kilogram dan panjang empat meter berjaya ditangkap selepas seorang penduduk Nazaruddin Mat Romli, 43, berkata dia terdengar bunyi riuh ayam di belakang rumah kira- kira jam 1.30 tengah hari tadi.

Menurut Nazaruddin, ketika itu dia hendak ke bilik air untuk mengambil air sembahyang dan terkejut mendengar bunyi riuh ayam peliharaannya.

“Saya menjenguk keluar di belakang rumah dan ternampak ular di dalam semak berdekatan rumah, saya terus hubungi APM Baling,” katanya

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab.Aziz, mengesahkan perkara itu dan reptilia berkenaan berjaya ditangkap.

“Selepas menerima panggilan anggota bergegas ke kampung itu dan berjaya menangkap ular sawa dalam masa 20 minit,’ katanya.

Mohd Faizol meminta orang ramai yang terserempak dengan haiwan berbisa boleh hubungi talian 04-4701626.

“Jangan ambil tindakan sendiri yang boleh mendatangkan bahaya diri,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini