comscore
Tumpuan :
Gaya Hidup

Minyak bakawali ‘berharga’ seperti gamat

Oleh: Izzatie Rizan

KUALA LANGAT: Bukan sahaja bunganya yang cantik serta mekar misteri, pokok bakawali yang tumbuh menjalar dipercayai turut mempunyai manfaat kesihatan.

Diekstrak menjadi minyak herba melalui batangnya, petua orang lama itu masih diamalkan penduduk kampung Endah disini bagi merawat penyakit kulit antaranya luka, gatal-gatal serta gigitan nyamuk.

Dibuat secara kecil-kecilan, Muhammad Maryus Mardi, 55, adalah satu-satunya pembuat minyak bakawali di kampung berkenaan.

Bercerita pengalamannya, Maryus berkata sejak kecil dia sudah didedahkan dengan khasiat minyak istimewa itu yang diibarat mempunyai khasiat sama seperti gamat.

“Sebenarnya ianya adalah resipi rahsia tiga generasi daripada arwah datuk saudara namun tiada siapa nak meneruskannya dan saya sahaja yang berminat mewarisi penghasilan produk turun temurun ini.

“Lazimnya saya buat mengikut keperluan bila dah habis saya akan mencari bakawali yang sangat mudah didapati di kampung ini.

“Hanya yang dah guna sahaja tahu khasiatnya,” katanya kepada Buletin TV3.

Kongsi Maryus, rasa pahit yang terkandung dalam tumbuhan ini menjadi rahsia manfaat penggunaannya yang bertindak selaku antiseptik mengurangkan jangkitan.

Penghasilannya, bagaimanapun tidak mudah.

Ujarnya untuk mendapatkan minyak bakawali, ia mengambil masa 25 jam dimana batang tumbuhan itu dimasak bersama dua herba lain antaranya

Bagi orang kampung, minyak bakawali mempunyai potensi untuk diperkembangkan sebagai salah satu produk perubatan alternatif.

Menurut Mohamad Nahar Daim, dia pernah disengat tebuan dan minyak bakawali mengurangkan kesannya sementara dalam perjalanan mendapatkan rawatan di hospital.

“Generasi sekarang mungkin tak didedahkan dengan khasiat pokok bakawali ini. Biasanya kalau nak masuk hutan atau ladang, kami akan sapu dulu pada tangan dan kaki untuk menghindarkan gigitan nyamuk,” katanya.

Mengulas lanjut, Maryus berkata niatnya cuma ingin membantu masyarakat dan orang kampung ke rumahnya mendapatkan bekalan melalui bersedekah seikhlas hati.

Bahkan dia sudi mengajar pembuatan minyak berkenaan agar ianya dapat diwarisi generasi seterusnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini