comscore
Tumpuan :
Gaya Hidup

Minum Air Detox boleh kurus dan cantik ?

Oleh Nur Ain Zulfah Yahya

PETALING JAYA: Trend meminum Air Detoks semakin popular dalam kalangan masyarakat disebabkan khasiatnya.

Menurut penasihat pemakanan, Surainee Wahab, air detoks boleh digambarkan menerusi pelbagai campuran bahan semulajadi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

“Sebenarnya perkataan detoks itu digembar-gemburkan sahaja sebab biasanya kita minum air yang macam ni yang banyak tumbuhan, sayur, buah akan cepat membuang.”

“So sebenarnya kalau tengok ada merah, kuning dan hijau dia macam lampu isyarat, so dia adalah campuran bahan semulajadi.”

Tujuan utama pengambilan air detoks adalah untuk menggalakkan individu sentiasa mempunyai tabiat pemakanan yang sihat dalam seharian dengan mengambil makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, ujarnya lagi ketika ditemubual menerusi program Malaysia Hari Ini, pagi tadi.

Beliau turut berkongsi beberapa resepi air detoks dan khasiatnya kepada penonton seperti campuran pegaga, oren, nenas, epal hijau, daun saderi, dan timun yang ditambah sedikit air, yang mampu mengembalikan kecantikan kulit, rambut, sistem peranakan
dan bertahan selama tiga hari jika disimpan di dalam peti sejuk.

Dalam pada itu, menurut Zuriaty Musa yang merupakan usahawan pula, air detoks mampu untuk melawaskan sistem penghadaman.

“Air detoks ini sebenarnya bukan untuk kurus tau tapi ia membantu melawaskan, so kalau kita senaman, jaga makan apa semua campur air detoks ni dia lagi cepat keluar.”

Ujarnya lagi, campuran air detoks menggunakan bahan alami boleh mengelakkan perut buncit dan sangat sesuai untuk individu yang ingin menjaga bentuk badan.

Beliau turut memberi saranan kepada penghidap penyakit gastrik yang ingin mengamalkan air detoks supaya minum selepas makan kerana campuran air detoks mengandungi asid daripada buah lemon dan sebagainya.

Loading...
Terkini