comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] ‘Minta maaf sangat atas sakit bipolar saya’ – Yasin 

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman yang dilepas dan dibebaskan daripada tiga pertuduhan dadah mengakui tidak menjangka keputusan mahkamah berpihak kepadanya.

“Tak expect (jangka keputusan hari ini), sebenarnya 50-50. Pada yang mengikuti perbicaraan, nampaklah berat kepada kemenangan (saya) tetapi saya sentiasa bersedia untuk keputusan yang ke kiri atau ke kanan.

“Memang berdebar (menanti keputusan), tapi saya banyak berdoa dan solat. Terima kasih kepada pasukan peguam saya,” katanya selepas prosiding, hari ini.

Ditanya perancangan selepas diperintah ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, pelantun lagu Mimpi Laila itu mengakui akan menyempurnakan rawatan bipolar dihidapinya di sana.

“Sekarang ini saya perlu kembali ke Tanjung Rambutan (Hospital Bahagia Ulu Kinta), di bawah perkenan Sultan Selangor untuk sempurnakan rawatan bipolar saya di sana dan saya akan kekal di sana selama mana yang Tuanku tetapkan.

“Kemudian daripada itu saya akan buat satu lagi permohonan untuk kembali ke kampung halaman,” katanya.

@buletintv3 Keluarga kepada penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, 48, yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas tiga pertuduhan dadah tetap melaungkan perkataan syukur walaupun pelantun lagu Mimpi Laila itu perlu ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak. #BuletinTV3 #YasinSulaiman #Dadah #Mahkamah #HospitalBahagia ♬ News, news, seriousness, tension(1077866) – Lyrebirds music

Yasin turut mengakui akan kembali mewarnai industri hiburan sebaik habis rawatannya di hospital itu.

“Pasti (akan kembali dalam industri), dah banyak lagu yang saya sediakan. Insya-Allah akan terbitkan lagu macam biasa,” katanya.

Anak ketiga daripada tujuh beradik itu turut memohon maaf kepada mereka yang terkesan dengan penyakit bipolar dihidapinya.

“Saya juga minta maaf sangat atas sakit bipolar, bukan kali ini saja, minta maaf lah kalau ada terkasar bahasa, saya pernah marah-marah, maki hamun dan sebagainya tak kira lah anda ahli keluarga saya, kawan terdekat, teman sejati , orang yang pernah menyayangi saya, terima kasih dan saya minta maaf banyak-banyak,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini