Tumpuan :
Nasional

Minggu penuh bermakna dan produktif buat Malaysia’ – PM

Foto: Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tempoh sepanjang minggu ini sebagai penuh bermakna dan produktif buat negara.

Jelasnya, ia mengambil kita kedudukan Malaysia yang menerima kunjungan pemimpin negara-negara sahabat seperti Singapura, Indonesia dan Jepun.

Selasa lalu, Anwar menerima kunjungan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong dan pemimpin-pemimpinnya bagi Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Pada Rabu pula, Anwar menerima kunjungan hormat Pengerusi Sinar Mas, Franky Oesman Widjaja dan rombongan dari Indonesia.

Terbaharu semalam, Anwar menerima kunjungan rasmi pertama Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba yang dalam lawatan sulungnya ke Malaysia di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Semalam juga turut berlangsung pertemuan bersama Perdana Menteri, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto yang dalam lawatan kerja rasminya ke negara ini.

Ini kunjungan pertama Prabowo ke Malaysia sejak dilantik sebagai Presiden pada Oktober lalu dan berlangsung jamuan makan tengah hari tertutup di Rumah Tangsi.

Anwar berkata, selain mengukuhkan lagi hubungan erat yang sedia terjalin, pertemuan dan perbincangan tertumpu kepada lembaran kerjasama baharu yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

“Kerajaan MADANI terus komited dalam merencana dan melaksana segala usaha bagi memperkukuh ekonomi negara, sosio-ekonomi rakyat dan memperhebat citra negara selaku Pengerusi ASEAN demi kemakmuran bersama rantau ini,” katanya melalui catatan di Facebook.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini