comscore
Tumpuan :
Nasional

MINDEF sokong usaha PBB kaji penggunaan AI untuk pasukan pengaman dalam operasi ketenteraan 

FOTO: Khaled Nordin/ Facebook

SEOUL: Kementerian Pertahanan menyokong usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengkaji dan meneliti penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi pasukan pengaman di bawah badan dunia itu dalam menjalankan tugas mereka.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, hal ini kerana teknologi AI semakin banyak diaplikasikan dalam bidang ketenteraan di seluruh dunia.

FOTO: Khaled Nordin/ Facebook

“Susulan pertemuan dua hala dengan PBB hari ini, mereka akan membawa isu ini ke peringkat PBB untuk meneliti keberkesanan penggunaan teknologi AI dalam operasi ketenteraan.

“Ini akan menjadi tumpuan utama pada mesyuarat dan perbincangan PBB dua bulan akan datang,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tertutup bersama Wakil Tinggi PBB bagi Hal Ehwal Pelucutan Senjata, Nakamitsu Izumu, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia Lt Jen Datuk Arman Rumaizi Ahmad.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini