comscore
Tumpuan :
Nasional

Mindef percaya KPT akan pastikan kes seperti Zulfarhan tidak akan berulang

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan percaya kejadian yang menimpa Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, tidak akan berulang kepada mana-mana pelajar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pastinya akan memberi perhatian supaya perkara sebegitu tidak berulang di mana-mana universiti di negara ini.

“UPNM sebagai universiti adalah tertakluk di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi, tapi dari segi hubungan dengan Kementerian Pertahanan, kampus terletak dalam kawasan kita dan visi datang daripada kita.

“Jadi dalam hal ini, kita juga beri perhatian dan sampaikan kepada pihak pengurusan universiti untuk pastikan ia tidak berlaku di masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gombak di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin (KLMO), di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, kejadian berkenaan berlaku pada tahun 2017 dan beliau percaya selepas itu tiada lagi insiden-insiden serupa.

“Saya percaya selepas itu tiada lagi perkara-perkara ini berlaku. Jadi maknanya mungkin tindakan yang sewajarnya sudah diambil oleh pihak universiti,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Kelab Pemancing Miri, Vincent Lo, mengenai kehadiran kapal Pengawal Pantai China (CCG) di Laut China Selatan, khususnya di kawasan sekitar Beting Patinggi Ali, Mohamed Khaled berkata, kawasan itu adalah perairan bebas laluan.

Katanya, sesuatu tindakan itu akan dianggap menjejaskan kedaulatan negara sekiranya bot berkenaan berhenti.

“Tapi kalau dia lalu, kita tak boleh buat apa-apa. Itu adalah undang undang antarabangsa,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini