comscore
Tumpuan :
Kes

[VIDEO] MINDEF jalankan siasatan dalaman kes buli pelatih TUDM

 

Oleh Amirulhakim LokmanKUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan sedang menjalankan satu siasatan dalaman berhubung kes seorang pelatih TUDM yang didakwa dibuli ketika menjalani kursus di Kuantan, Pahang.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata terdahulu pihak polis juga telah menerima laporan mengenai kes berkenaan daripada ayah mangsa.

“Siasatan dalaman telah dijalankan oleh TUDM sendiri, kita juga sedia beri kerjasama dalam siasatan pihak Polis, hukuman setimpal akan dikenakan kepada yang mana didapati bersalah.” katanya pada sidang media dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Pertahanan hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada sidang media dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Pertahanan, hari ini.

Tambah beliau, ketika ini mereka yang terlibat telah dipanggil untuk diambil keterangan.

Terdahulu, kakak mangsa mendedahkan perkara itu di media sosial.

Dia mendakwa adiknya didera oleh sekumpulan pelatih senior sehingga menyebabkan telinga kirinya pekak dan mengalami trauma.

Loading...
Terkini