KUALA LUMPUR: MIC merakamkan ucapan takziah atas pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Presidennyam Tan Sri SA Vigneswaran menyifatkan, pemergian beliau satu kehilangan besar bukan sahaja kepada negara kerana Allahyarham merupakan seorang pemimpin hebat dan sahabat yang baik.
“Allahyarham mempunyai perwatakan rendah diri dan memiliki empati besar terhadap rakyat. Seorang yang tidak berhenti bekerja, dedikasi tinggi dalam melaksanakan segala tanggungjawabnya. Kami di MIC ingin merakamkan takziah buat keluarga arwah, semoga tabah dalam hadapi dugaan sebesar ini,” katanya.
Artikel berkaitan: “Saya menangis sepanjang perjalanan dari Alor Setar ke Pulau Pinang” – Sim Tze Tzin
Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong turut mengimbau kembali memori perkenalannya dengan Allayarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sekitar tahun 2004.
Kata Ka Siong, ketika itu beliau bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu bersama-sama memasuki Dewan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11).
“Saya mengenali Allahyarham pada tahun 2004 ketika kami bersama-sama menjejak kaki memasuki Dewan Rakyat selepas PRU11. Beliau adalah MP Kubang Kerian yang berasal dari Pontian Johor,” katanya menerusi laman Facebook.
Artikel berkaitan: Menteri, Timbalan Menteri zahir takziah pemergian Allahyarham Salahuddin