KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan hujan berterusan di Sabah dan Sarawak, berdasarkan analisis model cuaca dilakukan.
METMalaysia dalam hantaran memaklumkan berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di Malaysia Timur sehingga 3 Februari depan.
“Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di Sarawak dan Sabah.
“Sehubungan itu, METMalaysia telah mengemas kini Amaran Hujan Berterusan untuk Sarawak berkuat kuasa sehingga 31 Januari, manakala Sabah pula berkuat kuasa dari 1 hingga 2 Februari depan,” katanya.
Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.