Tumpuan :
Nasional

Merokok di restoran: ‘Saya dah terima notis kesalahan, saya seikhlasnya mohon maaf’ – Mohamad

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika sidang media majlis penyerahan sumbangan daripada Malaysia kepada Palestin di bawah Inisiatif Kerajaan Hashimiah Jordan di Putrajaya. FOTO: NSTP

PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menzahirkan permohonan maaf atas tindakannya menghisap rokok di sebuah restoran yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ujarnya, beliau telah menerima notis kesalahan daripada Pegawai Kesihatan Daerah Seremban Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

“Pagi tadi saya menerima kedatangan Pegawai Kesihatan Daerah Seremban. Saya minta mereka kalau boleh datang sebab esok saya nak ke Bangkok.

“Saya menerima notis kesalahan tersebut dan akan diserahkan ke Jabatan Peguam Negara (ACG) untuk menetapkan kompaun berapa,” katanya.

Mengakui tindakannya itu mengundang kerisauan masyarakat, Mohamad turut memohon maaf atas tindakannya itu.

“Jadi kalau ia menjadi kerisauan dan isu kepada masyarakat, saya secara ikhlas ingin memohon maaf.

“Saya kena tunggu surat, dia akan bagi surat saman (ACG), harap-harap tak banyak sangat,” katanya lagi.

Sebelum ini tular di media sosial beberapa gambar Ahli Parlimen Rembau itu didakwa menghisap rokok di sebuah restoran difahamkan di Negeri Sembilan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini