comscore
Tumpuan :
Nasional

Mercedes Benz, Grand Livina diguna untuk seludup 15 PATI

Pati di dalam Grand Livina (kiri). Mercedes Benz yang turut digunakan untuk menyeludup Pati. -FOTO: Ihsan PGA

TUMPAT: Seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang diseludup menggunakan Mercedes Benz dan Nissan Grand Livina telah ditahan di Kampung Kok Keli di sini, kelmarin.

Tangkapan dilakukan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) jam 10 malam itu, menerusi Op Taring Wawasan.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, berdasarkan maklumat, pihaknya menyerbu sebuah rumah.

“Ketika anggota tiba di lokasi, dua lelaki disyaki tekong melarikan diri namun seorang daripadanya berjaya ditahan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 14 lelaki dan seorang wanita menjadi penumpang dalam Grand Livina dan Mercedes Benz di depan rumah berkenaan.

“Kesemua suspek gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah dan dipercayai warga Myanmar. Kesemua Pati terbabit disyaki diseludup masuk ke Malaysia melalui pangkalan haram,” katanya menerusi kenyataan media, di sini, hari ini.

Katanya, suspek seorang penduduk tempatan berusia 58 tahun yang ditahan dipercayai menjadi tekong untuk menyeludup masuk 15 Pati itu ke negara ini.

“Semua suspek ditahan di bawah Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 manakala tekong ditahan di bawah Sek 26J Akta ATIPSOM 2007 dan dibawa ke IPD Tumpat untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini