comscore
Tumpuan :
Nasional

Mercedes Benz elektrik terbakar ketika dicas

Pasukan bomba memadamkan api selepas sebuah kereta jenis Mercedes Benz elektrik (EQB) terbakar ketika dicas di sebuah bangunan ‘showroom’ di Tampoi. – Foto : Ihsan JBPM Johor

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU : Sebuah kereta jenis Mercedes Benz elektrik (EQB) terbakar ketika dicas di sebuah bangunan ‘showroom’ di Tampoi, dekat sini petang tadi.

Kebakaran menyebabkan 90 peratus kereta mewah itu hangus manakala lima peratus premis showroom jenis kekal berkeluasan 16×16 meter itu turut terbakar.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.45 petang.

Seramai 10 anggota bersama satu jentera diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Azmi Johar bergegas ke lokasi.

Sebuah kereta jenis  Mercedes Benz elektrik (EQB) musnah selepas tiba-tiba terbakar ketika dicas di sebuah bangunan ‘showroom’ di Tampoi. – Foto: Ihsan JBPM Johor

Kebakaran berkenaan turut memusnahkan 20 peratus ‘Electric Vehicle Charging Bay’.

Kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan menggunakan dua aliran salur bantu mula jentera, satu aliran salur bantu mula jentera (RIM) serta satu aliran salur bantu mula bangunan.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini