![](https://media.buletintv3.my/2025/02/HEZBOLLAH.jpg)
IPOH: Meor Hezbullah Meor Abd Malik dilantik sebagai Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja Perak yang baharu menggantikan Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor, berkuatkuasa semalam.
Pelantikan bekas Pengarah Jabatan Imigresen Perak itu diumumkan menerusi akaun Facebook (FB) milik Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, malam tadi.
Menurut hantaran itu, warga Pejabat DYMM (Duli Yang Maha Mulia) Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan mengucapkan selamat datang kepada Meor Hezbullah atas penempatan secara pertukaran sementara sebagai Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja kepada Sultan Nazrin, Gred 14 (Terbuka) itu.
Gambar yang disertakan pada hantaran itu menunjukkan surat pelantikan disampaikan kepada Meor Hezbullah oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.
Meor Hezbullah sebelum ini pernah menjadi Pegawai Daerah di Hilir Perak dan Kinta.
Pada 7 Februari lalu, Imigresen berkongsi hantaran menerusi FB mengenai Meor Hezbullah menghadiri Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas dan Paluan Berundur di Ibu Pejabat Imigresen di Putrajaya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.