Tumpuan :
Nasional

Menteri Pertahanan akan jelaskan isu sewaan helikopter – PM

KUALA LUMPUR: Isu berkaitan sewaan 28 helikopter jenis AW139 bernilai RM16.6 bilion akan dijelaskan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengulas perkara itu apabila ditanya mengenai dakwaan wujudnya skandal baharu berkaitan sewaan helikopter terbabit.

“Menteri Pertahanan akan jelaskan,” katanya kepada media, di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri melancarkan dua jilid buku yang berjudul ‘A Malik Bennabi Reader’ serta penubuhan Institut Antarabangsa Kajian Masa Depan di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC).

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa wujud skandal baharu terpalit kerajaan berkaitan sewaan 28 helikopter jenis AW139 bernilai RM16.6 billion.

Ahli Parlimen Larut ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat petang semalam mempersoalkan mengapa sewaan helikopter berkenaan begitu mahal, sedangkan negara lain boleh membelinya dengan harga lebih rendah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini