Tumpuan :
Nasional

Menteri Besar tiada di Kedah

Pejabat Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan tidak berada di negeri ini, sebaliknya berangkat ke Kuala Lumpur untuk urusan rasmi hari ini.

Artikel berkaitan: Sanusi didakwa di mahkamah esok

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Muhamad Mat Yakim berkata Sanusi hanya dijangka balik ke Kedah petang esok.

“Menteri Besar tidak ada di Kedah hari ini. Tadi berangkat ke Kuala Lumpur. Esok petang baru balik (ke Kedah),” katanya melalui pesanan di kumpulan WhatsApp.

Rumah kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon

Sementara itu, suasana di Wisma Darul Aman dan Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon di sini, dilihat masih tenang dan tiada pihak berkumpul.

Artikel berkaitan: ‘Isu Sanusi belum selesai’ – Titah Sultan Selangor

Tinjauan petang tadi turut mendapati kenderaan rasmi Menteri Besar tidak kelihatan di kedua-dua lokasi terbabit.

Difahamkan, Sanusi bakal berhadapan dua pertuduhan di mahkamah pagi esok, susulan kenyataannya yang didakwa mempertikaikan kewibawaan institusi kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besarnya.

Loading...
Terkini