Tumpuan :
Nasional

Menteri, agensi dikenakan tindakan disiplin jika guna jentera kerajaan untuk kempen pilihan raya 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. FOTO: Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR: Tindakan disiplin akan diambil sekiranya terdapat bukti menteri atau agensi kerajaan menggunakan jentera kerajaan semasa kempen pilihan raya diadakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan memberi jaminan itu kerana ia merupakan keputusan Jemaah Menteri supaya mana-mana menteri, penjawat awam mahupun agensi kerajaan untuk tidak menggunakan jentera kerajaan sebaik selepas hari penamaan calon.

“Ini kerana ada kaitan dengan prinsip yang kita bawa ini (membanteras rasuah), budaya rasuah yang kita tidak mahu diteruskan tetapi kalau umpamanya penerusan projek sebelum (hari) penamaan calon (sesuatu pilihan raya) saya tidak fikir ia perlu dibangkitkan.

“Kalau ada pelanggaran ini tentunya Jemaah Menteri harus mengambil tindakan disiplin kerana melanggar keputusan Jemaah Menteri,” katanya semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang ingin tahu sama ada kerajaan bersedia menghentikan budaya seperti pelaksanaan pengumuman projek baharu di sesuatu kawasan yang terlibat pilihan raya.-BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini