PETALING JAYA: Pejam celik, pejam celik, bulan Ramadan semakin menghampiri kita. Ramadan atau bulan puasa antara waktu yang paling dinanti-nantikan umat Islam.
Pastinya pelbagai persediaan telah dilakukan untuk menyambut ketibaan bulan yang mulia ini.
KUANTAN: Suasana meriah di pasar Ramadan yang beroperasi di Taman Tas.
KUALA KEDAH: Fatimah Dali menjemur ikan belanak masin yang mendapat sambutan di bulan Ramadan ini.
Azmi Husin menunjukkan ikan talang masin yang dijual di gerainya di Kubang Rotan dan mendapat sambutan setiap kali menjelang Ramadan.
KOTA KINABALU: Matahari terbit pada hari pertama puasa di bulan Ramadan yang dirakam dari Teluk Likas pada 12 Mac.
PUNCAK ALAM: Umat Islam menunaikan solat sunat Tarawih malam pertama Ramadan 1445H di Masjid Puncak Alam. Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada Selasa, 12 Mac seperti diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
KOTA KINABALU: Umat Islam menunaikan solat sunat Terawih pada malam pertama sempena Ramadan di Masjid Negeri Sabah.
KOTA BHARU: Orang ramai memeriahkan aktiviti mengacau bubur lambuk ketika program CSR Hotel Ibis Style di Kota Bharu, Kelantan.
KUCHING: Tinjauan di premis Medan Salera di Kubah Ria, di bandaraya Kuching, warga bandaraya keluar untuk menjamu salera ”Makan Tengahari Terakhir” bersama keluarga sempena kedatangan Ramadan.
KOTA BHARU: Anggota Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) membuat persiapan membersih tapak kawasan Madinah Ramadan.
JOHOR BAHRU: Orang ramai membeli barangan basah bagi membuat persiapan menyambut Ramadan pada 12 Mac 2024.
KOTA BHARU: Khemah bazar Ramadan siap dipasang akan dibuka mulai 12 Mac.
KUANTAN: Orang ramai membeli barangan persiapan untuk menyambut bulan Ramadan di Pasar Tani UTC Kuantan untuk mendapatkan harga yang lebih ekonomi dan barangan yang segar.
KUALA PILAH: Sebahagian penduduk kampung membakar lemang sempena menyambut kehadiran Ramadan di Kampung Air Kuning, Johol.
GUA MUSANG: Orang ramai datang untuk membeli ikan murah sebagai persedian Ramadan di Bandar Utama, Gua Musang, Kelantan.
DENGKIL: Seramai lebih kurang 50 orang Penduduk Platinum Residence, Dengkil melaksanakan gotong royong membersihkan dewan serbaguna untuk dijadikan surau sementara bagi solat terawih.
GUA MUSANG: Sukarelawan masjid melakukan proses pembersihan dan mengemas masjid sempena sambutan Ramadan di Masjid Razaleigh, Gua Musang, Kelantan.
HULU TERENGGANU: Penduduk di Kampung Payang Kayu, menggunakan air bukit sebagai alternatif bagi mengurangkan penggunaan air paip kerajaan.
Penduduk di Kampung Payang Kayu, sebuah perkampung kecil yang mempunyai 98 buah rumah dan mempunyai lebih 500 penduduk, menggunakan air bukit sebagai alternatif bagi mengurangkan penggunaan air paip kerajaan. pic.twitter.com/0wTOrc3tBc
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) March 10, 2024
Rangkuman Majlis Rasmi Cerapan Hilal Ramadan 1445 Hijrah di beberapa lokasi pada 10 Mac.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.