Tumpuan :
Nasional

Menjejaki warga emas hilang

Oleh: Fazli Ahmad

RAUB: Polis memohon orang ramai mempunyai maklumat mengenai kehilangan seorang lelaki warga emas, Tan Meng Chai, 61, dari Sungai Ruan, di sini tampil membantu siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Raub, Superitendan Mohd Shahril Abd Rahman berkata kali terakhir warga emas itu dilihat pada pagi 24 Julai lalu berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Ruan.

Katanya, laporan dibuat cucu mangsa setelah mendapati tarikh akhir aplikasi whatsapp warga emas itu aktif ialah 27 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Raub, Superitendan Mohd Shahril Abd Rahman

“Bimbang dengan keselamatan mangsa, cucu warga emas terbabit membuat laporan polis pada 18 Ogos lalu selepas usaha menjejaki datuknya di sekitar Sungai Ruan gagal,” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Menurut Mohd Shahril, susulan laporan diterima, polis membuat pemeriksaan di rumah warga emas terbabit.

Bagaimanapun katanya, hasil pemeriksaan mendapati rumah mangsa berkunci dan tiada sebarang tanda mencurigakan.

“Siasatan juga mendapati kasut sering dipakai lelaki terbabit ke ladang dan memancing di sekitar Sungai Ruan tiada di rumah dan dipercayai di pakai warga emas terbabit ketika meninggalkan kediamannya.”

“Polis juga sudah melakukan pencarian di kawasan ladang dan tempat memancing sering dikunjungi lelaki terbabit tetapi warga emas itu belum ditemui,” katanya.

Tambahnya, pihak polis turut menemubual orang ramai di sekitar Sungai Ruan dalam usaha mengesan mangsa.

Loading...
Terkini