Tumpuan :
Nasional

Menghayati Maulidur Rasul 1445H

 

PETALING JAYA: Tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun merupakan tarikh yang diingati oleh umat islam bagi menyambut kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

 

Berikut merupakan cara umat islam di seluruh dunia menyambut dan menghayati Maulidur Rasul serta perjuangan yang dilalui baginda Rasulullah SAW.

 


KUCHING : Kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud  pada Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak 1445H/2023M, hari ini menarik perhatian kerana buat pertama kalinya beliau muncul di khalayak ramai selepas lebih tiga bulan menjalani rawatan di luar negara.

Abdul Taib serta isteri bersama Abang Johari hadir pada Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak. – Foto: NSTP

Artikel penuh: Abdul Taib sertai rakyat semarakkan sambutan Maulidur Rasul


MUAR : Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengetuai perarakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor sejauh satu kilometer, hari ini.

Artikel penuh: TMJ ketuai perarakan Maulidur Rasul peringkat Johor

 


 

ISTANBUL:  Umat Islam di seluruh dunia mengadakan pelbagai aktiviti yang mengagungkan Nabi Muhammad SAW bagi meraikan hari kelahiran baginda pada tanggal 12 Rabiulawal.

Wanita dan kanak-kanak Palestin berkumpul di pekarangan Masjid Al-Aqsa bagi meraikan sambutan Maulidur Rasul. – Foto: Reuters.

Artikel penuh: Sambutan Maulidur Rasul meriah di seluruh dunia

 


 

KUCHING: Hujan sejak awal pagi  tidak menghalang seramai 10,991 peserta membabitkan 248 kontinjen menjayakan perarakan sejauh kira-kira empat kilometer sempena Sambutan Maulidur Rasul 1445H/2023 Peringkat Sarawak, hari ini.

Peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta, badan berkanun, badan beruniform, pertubuhan bukan kerajaan, pelajar institusi pengajian tinggi dan sekolah bersedia dengan sepanduk masing-masing seawal jam 6  pagi .
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud  turut menghadiri perarakan yang diadakan di Padang Merdeka Kuching.

Artikel penuh: Hujan tidak halang lebih 10,000 umat Islam berarak di Kuching

 


Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud serta Isteri Toh Puan Sri Ragad Kurdi Taib dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, serta isteri Puan Sri Juma’ ani Tuanku Bujang, hadir pada Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Tahun 1445H/2023M di Padang Merdeka, Kuching. – Foto: NSTP
Foto: NSTP

 


Suasana sambutan Maulidur Rasul di sekitar kawasan Kampung Bukit Kapar di Klang.- Foto: Khirul Azmil Omar
Perarakan Maulidur Rasul di Kampung Bukit Kapar, Klang. – Foto: Khirul Azmil Omar

 


KUALA TERENGGANU: Seramai 2,208 peserta membabitkan 69 kontinjen menjayakan perarakan sejauh kira-kira empat kilometer sempena Sambutan Maulidur Rasul 1445H/2023 Peringkat Negeri, hari ini.

Sambutan bermula jam 8 pagi itu diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Turut menyertai perarakan, barisan EXCO negeri dan pegawai kanan kerajaan.

Artikel penuh: Lebih 2000 sertai perarakan Maulidur Rasul di Terengganu

 


PUTRAJAYA: Acara perarakan kembali memeriahkan sambutan Maulidur Rasul 1445H/2023 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini, selepas tiga tahun acara itu ditiadakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengetuai perarakan ketika Sambutan Maulidur Rasul 1445H/2023 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. – Foto: NSTP

Artikel penuh: Perarakan kembali meriahkan sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan 

 


Perarakan Program Cinta Rasul sempena sambutan Maulidur Rasul Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi dan Surau Ibrahimiah, Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur. – Foto: NSTP
Antara murid-murid serta ibu bapa turut serta didalam perarakan Program Cinta Rasul sempena sambutan Maulidur Rasul Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi dan Surau Ibrahimiah, Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur. – Foto: NSTP

 


Seramai 60 peserta daripada Persatuan Penduduk Platinum Resident telah menyertai Perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul SAW 1445H/2023 Masjid Jameatus Solehah Dengkil yang julung julung kali diadakan. Perarakan bermula pada jam 730 pagi sepanjang 1KM,sebanyak 12 kontijen megambil bahagian.

 


Perdana Menteri, dalam perutusan Maulidur Rasul 1445H yang dikongsi di laman Facebook malam tadi, berkata perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan dakwah dan membimbing umat perlu dijadikan teladan agar terus tekal walaupun diasak musuh setiap masa dari segenap penjuru.

Artikel penuh: Maulidur Rasul agenda penyatuan ummah MADANI

Loading...
Terkini