comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mendapan tanah: Unit pengesan anjing K9 diturunkan di lokasi kejadian

 

Oleh: Fareez Azman

KUALA LUMPUR: Hari kelima operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan dengan beberapa kaedah oleh pasukan penyelamat.

Antara yang dilihat, Unit Anjing Pengesan K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sekali lagi diturunkan di lokasi utama kejadian.

Dua ekor anjing K9 itu tiba kira-kira jam 4.00 petang sebelum dibawa terus ke lokasi tanah mendap.

@buletintv3 DBKL menambah bilangan kampit beg pasir bertujuan menyekat laluan air daripada memasuki ruang di lokasi pencarian utama. Semalam, sekitar 100 kampit beg pasir diletakkan di sekiar kawasan tanah jerlus Dalam pada itu, Unit Anjing Pengesan K-9 Jabatan Bomba dan Penyelamat diturunkan sekali lagi di lokasi sama. #BuletinTV3 #beritaditiktok #K9 #PergerakanBesar #MasjidIndia #tanahmendap ♬ original sound BuletinTV3


Difahamkan, ia bagi mengesan sebarang petunjuk baharu di lokasi itu selepas teknik semburan air bertekanan tinggi dilakukan sebelum ini.

Dalam pada itu, pasukan SAR turut dilihat menambah kampit beg pasir di sekitar lokasi mendapan tanah.

Ia bagi menghalang sebarang limpahan air memasuki lokasi berkenaan.

Pada Jumaat lepas, mangsa yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter susulan insiden mendapan tanah di Jalan Masjid India.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini