Oleh: Fareez Azman
KUALA LUMPUR: Pihak Indah Water Konsortium (IWK) akan menjalankan teknik ‘flushing’ dalam operasi mencari seorang wanita warga India yang hilang dalam kejadian mendapan tanah berhampiran Masjid India sejak Jumaat lalu.
Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif, teknik itu akan dijalankan hari ini bermula dari lurang kumbahan 5 berhampiran Menara Agro Bank di Dataran Merdeka.
“Pihak IWK akan menjalankan kerja-kerja flushing di hiliran, dimaklumkan pihak IWK telah mepunyai pemetaan yang lengkap dan bersetuju menjalankan ujian intergriti,”
“Pihak IWK akan menjalankan kerja-kerja flushing di hiliran, dimaklumkan pihak IWK telah mepunyai pemetaan yang lengkap dan bersetuju menjalankan ujian intergriti,” katanya dalam sidang media di sini sebentar tadi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam berkata teknik itu akan melibatkan sekatan air kumbahan sebelum dilepaskan sehingga ke Loji Kumbahan IWK di Pantai Dalam.
“Kita akan tahan air kumbahan bermula dari lurang kumbahan 5 (berhampiran Menara Agro Bank), apabila air naik, kita akan lepaskan sekatan.
“Selalunya teknik ini akan mengambil masa kira-kira empat jam atau kurang daripada itu,” katanya.
Mangsa warga India, dikenali sebagai Vijayaletchumi, 48, masih gagal dikesan selepas beberapa kaedah digunakan pasukan SAR.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Tanah mendap, wanita jatuh dalam lubang benam
- Mendapan tanah: Ada aliran air deras di bawah, operasi mencari mangsa perlu ikut peringkat – Polis
- [VIDEO] Mendapan tanah: Pencarian memasuki 30 jam, mangsa belum ditemui
- [VIDEO] Mendapan tanah: Operasi pencarian diperluas ke beberapa lokasi lain
- Mendapan tanah: Pelbagai kaedah dilakukan pasukan SAR, mengesan Vijayaletchumi
- Mendapan tanah: “Kami selam dalam air kumbahan” – Bomba