KUALA LUMPUR: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya mengesan satu sekatan sepanjang 15 meter di dalam laluan kumbahan dari lokasi mendapan tanah runtuh sehingga ke Wisma Yakin di sini.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk TS Nor Hisham Mohammad, sekatan itu dikesan selepas dua tong cuba dihanyutkan pasukan SAR dari lubang korekan namun tidak sampai ke Loji Kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Pantai Dalam.
“Selepas kita melihat dan membaca jarak gerakan kamera kita percaya bahawa terdapat halangan di dalam paip daripada jarak lurang kumbahan di Wisma Yakin kira-kira 7.6 meter.
“Kita mengesan backlog (sekatan) lebih kurang anggaran 15 meter panjangnya,”katanya dalam sidang media di sini sebentar tadi.
Tambahnya, pasukan SAR ketika ini akan mula mengeluarkan sekatan berkenaan secara perlahan-lahan bermula dari Wisma Yakin.
“Pada jam 5 petang kita telah memulakan usaha untuk merungkaikan backlog itu. Kita dah mulakan gerakan, dan kalau backlog kita berjaya rungkaikan Insya-Allah kita akan mula boleh nampak keseluruhan permukaan kawasan itu,” katanya lagi.
Mengulas lanjut ujarnya, paras air yang terkumpul di dalam sekatan berkenaan boleh menyebabkan risiko tinggi kepada pasukan SAR.
Justeru, kerja-kerja mengalihkan sekatan terbabit perlu dibuat secara berhati-hati.
“Kerisauan kita backlog tersebut, berdasarkan penilaian ktia lebih kurang 100 tan kuasa air, kalau kita terungkai backlog ini tekanan air ini risiko sangat besar.
“Keutamaan kita rungkai backlog gunakan kaedah tarikan sedikit demi sedikit oleh pasukan SAR. Malam ini selepas kurangkan paras air kita akan gunakan pancutan bertekanan tinggi (teknik jetting) oleh IWK di lokasi,”katanya lagi.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Mendapan tanah: Audit Integriti akan dilakukan
- Mendapan tanah: Suruhanjaya Tinggi India beri sokongan berterusan kepada keluarga
- Mendapan tanah: Struktur kawasan kejadian di Masjid India bukan berasaskan batu kapur – Pakar Geologi
- Mendapan tanah: JBPM kesan objek terhalang, operasi SAR diteruskan pada jam 2 pagi
- Mendapan tanah: Selaman ke lokasi objek tersekat berdepan kesukaran
- Mendapan tanah: Operasi SAR mencari mangsa memasuki hari ketujuh