KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga asing yang terjatuh ke dalam lubang benam di Masjid India, di sini diteruskan selepas lebih 24 jam hilang dipercayai dihanyutkan arus deras paip kumbahan bawah tanah.
Pencarian mangsa, Vijayaletchumy, 48, yang berasal dari Andhra Pradesh, India itu dijangka diteruskan dalam masa terdekat selepas dihentikan jam 1 pagi tadi susulan cuaca hujan lebat.
Tinjauan Harian Metro di lokasi mendapati setakat 10 pagi pasukan penyelamat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilihat mula merancang pergerakan.
Petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat mengawal ketat kawasan terbabit dengan meletakkan pita polis di sekeliling parameter kawasan itu bagi mengelak diceroboh orang awam.
Bagaimanapun belum dapat dipastikan perancangan seterusnya pasukan penyelamat setakat ini, malah dua jengkaut yang digunakan untuk membesarkan lubang benam itu sejak semalam didapati sudah tiada di lokasi.
Terdahulu media melaporkan pasukan penyelamat, memfokuskan pencarian pada kawasan saluran paip kumbahan di bawah tanah kawasan kejadian.
JBPM menggunakan khidmat Unit Skuba dalam mencari mangsa selepas khidmat anjing pengesan menemui jalan buntu.
Indah Water Konsortium (IWK) turut komited dalam membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa dengan membuka setiap lurang pembentungan sehingga ke loji rawatan di Pantai Dalam, di sini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Tanah mendap, wanita jatuh dalam lubang benam
- [KEMAS KINI] Insiden tanah mendap: Usaha keluarkan mangsa sedang giat dijalankan
- [VIDEO] Mendapan tanah: Operasi mencari mangsa diteruskan dengan jentera DBKL
- [VIDEO] Mendapan tanah: Isteri sempat jerit minta tolong selepas terjatuh sebelum senyap
- Mendapan tanah: Ada aliran air deras di bawah, operasi mencari mangsa perlu ikut peringkat – Polis
- [VIDEO] Mendapan tanah: Sudah 12 jam, operasi mencari mangsa diteruskan meskipun hujan
- Mendapan tanah: DBKL akan terus bantu operasi mencari mangsa – Datuk Bandar