comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mendapan tanah: Pencarian memasuki 30 jam, mangsa belum ditemui

Foto: NSTP

Oleh Nurul Amalina Zainudin

KUALA LUMPUR: Pencarian mangsa yang terperangkap akibat mendapan tanah di Masjid India, di ‘manhole’ ketiga di persimpangan Jalan Melayu, selesai sekitar jam 2 petang.

Bagaimanapun mangsa Vijayaletchumy, 48, belum ditemui.

Pencarian diteruskan di ‘manhole’ keempat berhampiran Dataran Merdeka.

Difahamkan pasukan mencari dan menyelamat berdepan kesukaran dalam mencari mangsa terperangkap.

Timbalan Pengarah Negeri JBPM KL, Rozihan Anwar Mamat berkata selain anggota yang terlibat yang memasuki saluran perlu memakai alat keselematan PPE yang lengkap, pengudaraan juga amat berisko.

“Kita tahu laluan kumbahan dia ada septik tapi kita dah buat perancangan pasukan EMRS kita sentiasa bersama pasukan, maknanya diver naik, kita terus hantar ke klinik.

“Kita turunkan minimum enam, setakat ini enam diver ada dengan kita, kita akan masuk kawasan secara buddy, secara berfasa, kita tak buat serentak, sehingga kita rasa kawasan itu tiada target

“Kita menggunakan airline sistem, kita tak boleh bawa tabung individu sebab kawasan itu sempit, tabung berada di atas dan penyelam ada di dalam,” katanya.

Operasi mencari mangsa yang merupakan warga India, Vijayaletchumy, 48, sudah melebihi 30 jam sejak terperangkap dalam lubang benam dalam kejadian 8.40 pagi semalam.

Gerakan mencari masih diteruskan dan kini masih berbaki dua ‘manhole’ daripada enam kawasan sasaran pencarian hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini