KUALA LUMPUR: Usaha mengesan mangsa wanita warga India, Vijayaletchumi, 48, yang berasal dari Andhra Pradesh masih diteruskan ketika ini oleh pihak berkuasa.
Sejak tiga hari lalu, pelbagai kaedah dilakukan pasukan mencari untuk mengesan mangsa namun usaha itu belum berhasil.
Ini rangkuman yang anda perlu tahu:
23 OGOS 2024:
• Wanita warga India terjatuh dalam tanah jerlus ketika berjalan berhampiran Masjid India kira-kira jam 8.15 pagi sebelum kejadian dimaklumkan kepada polis jam 8.30 pagi hari yang sama.
• Operasi dimulakan dengan menggunakan Unit Anjing Pengesan K9 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM)
• Anggota SAR lengkap memakai topeng oksigen dan peralatan keselamatan diturunkan ke lurang kumbahan kira-kira 30 meter dari lokasi tanah jerlus.
• Pasukan SAR kemudian menggunakan jentera DBKL untuk mengorek di sekitar kawasan tanah jerlus sedalam 10 meter.
• Anggota Unit Skuba JBPM diturunkan di lokasi untuk mencari mangsa.
• Sekitar jam 1.00 pagi, operasi ditangguhkan kerana hujan lebat di sekitar lokasi.
24 OGOS 2024:
• Operasi dimulakan jam 8 pagi dengan fokus pencarian tertumpu di enam lurang kumbahan.
• Enam lurang itu antaranya di hadapan Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Bank Pertanian di Lebuh Pasar dan Bulatan Kinabalu.
• Pencarian di dua lurang kumbahan terakhir dan loji kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Pantai Dalam pada 7 malam juga tidak menjumpai sebarang petunjuk.
• Operasi ditangguhkan pada tengah malam.
25 OGOS 2024:
• Pasukan SAR mulakan pencarian di dua lurang kumbahan iaitu berhampiran Jalan Melayu dan Dataran Merdeka.
• Ketika laporan ini diterbitkan, operasi masih diteruskan.
• Difahamkan, satu sidang media akan diadakan oleh pihak berkuasa petang ini berhubung perkembangan terkini misi mencari mangsa.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Tanah mendap, wanita jatuh dalam lubang benam
- [KEMAS KINI] Insiden tanah mendap: Usaha keluarkan mangsa sedang giat dijalankan
- [VIDEO] Mendapan tanah: Isteri sempat jerit minta tolong selepas terjatuh sebelum senyap
- Mendapan tanah: Ada aliran air deras di bawah, operasi mencari mangsa perlu ikut peringkat – Polis
- [VIDEO] Mendapan tanah: Sudah 12 jam, operasi mencari mangsa diteruskan meskipun hujan
- [VIDEO] Mendapan tanah: Pencarian memasuki 30 jam, mangsa belum ditemui
- [VIDEO] Mendapan tanah: Operasi pencarian hari ketiga diteruskan
- [VIDEO] Mendapan tanah: Operasi pencarian diperluas ke beberapa lokasi lain