comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mendapan Tanah: Pasukan SAR giat melakukan kerja ‘shoring’ secara manual di lokasi – DBKL

Oleh: Fareez Azman

KUALA LUMPUR: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat menjalankan kerja-kerja ‘shoring’ (penyanggaan) secara manual di lokasi kejadian.

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan memaklumkan kerja-kerja penyanggaan itu di lurang kumbahan berhampiran Wisma Yakin.

“Hari ini masuk hari ke-7 dan pasukan SAR masih meneruskan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa tanah jerlus berdekatan Masjid India.

@buletintv3

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat menjalankan kerja-kerja ‘shoring’ (penyanggaan) secara manual di lurang kumbahan berhampiran Wisma Yakin. #BuletinTV3 #K9 #MasjidIndia #tanahmendap

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

“Pasukan SAR telah menjalankan kerja-kerja shoring secara manual menerusi Unit STORM, Bomba dan Penyelamat Malaysia,” jelas DBKL.

Tambah DBKL, pihak Indah Water Konsortium (IWK) juga sedang menjalankan kerja-kerja mengepam air keluar dari lurang kumbahan berhampiran lokasi.

“Pihak IWK sedang melaksanakan kerja-kerja mengepam air keluar dari manhole bagi mengurangkan tekanan air serta risiko bagi membolehkan pasukan penyelam menjalankan pemeriksaan secara fizikal di dalam manhole,” jelas DBKL lagi.

Pemerhatian Buletin TV3 mendapati beberapa jentera berat memasuki kawasan kejadian.

Loading...
Terkini