comscore
Tumpuan :
Nasional

Mendapan tanah: Pasar malam Lorong Tunku Abdul Rahman ditutup hari ini

KUALA LUMPUR: Pasar malam Lorong Tuanku Abdul Rahman akan ditutup hari ini, berikutan kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India semalam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan berkata penutupan itu bertujuan memudahkan operasi pencarian mangsa yang masih hilang selain memastikan keselamatan peniaga dan pengunjung pasar malam terjamin.

Semalam, seorang wanita warga India berusia 48 tahun, Vijayaletchumy, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India, jatuh ke dalam lubang tanah jerlus itu dan hilang ketika berjalan kaki di Jalan Masjid India.

Mangsa sedang berjalan bersama keluarganya di kawasan di hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India sebelum terjatuh ke dalam lubang itu pada jam 8.20 pagi.

Operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan hanya menemui sepasang selipar miliknya berhampiran lokasi selepas hampir 17 jam mencari semalam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini