comscore
Tumpuan :
Nasional

Mendapan tanah: Operasi SAR mencari mangsa memasuki hari ketujuh

Oleh: Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

KUALA LUMPUR: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) wanita warga India, Vijaya Lakshmi Gali, 48, yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini, Jumaat lalu, memasuki hari ketujuh.

Tinjauan Buletin TV3 di lokasi kejadian mendapati, pelbagai pihak termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih berada di sini dan terus memberi tumpuan kepada lokasi ini.

Sejak jam 8.30 pagi tadi, tiada pergerakan besar dilihat oleh pihak media yang berkampung di sini untuk membawakan perkembangan terkini operasi SAR mangsa 48 tahun itu.

Semalam, pihak bomba memaklumkan mengesan halangan berupa objek yang tersekat di antara lokasi tanah jerlus dan lurang kumbahan kedua iaitu terletak kira-kira 80 meter.

Dapatan itu menerusi pengesanan oleh dua anjing Unit Pengesan (K9), Denti dan Frankie, yang dibawa turun ke lokasi kejadian kelmarin selain pengesanan kamera.

Kemudian, sekitar jam 3.06 pagi tadi dua anggota Pasukan Penyelam di Air JPBM turun ke lubang berkenaan namun berhadapan kesukaran apabila setelah berada di dalam kurang setengah jam.

Memetik laporan Bernama, seorang daripada penyelam terbabit sempat memaklumkan secara ringkas bahawa mereka tidak dapat menghampiri lokasi objek tersekat disebabkan keadaan arus air di dalam lurang kumbahan itu.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh JBPM.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini