Oleh: Mas Zharif Zhafri Aziz Desa
KUALA LUMPUR : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India, Vijaya Lakshmi Gali, 48, yang hilang dalam insiden mendapan tanah di Jalan Masjid India di sini, 23 Ogos lalu, diteruskan memasuki hari kelapan.
Difahamkan operasi SAR hari ini akan terus memfokuskan kepada usaha merungkai ‘backlog’ membabitkan timbunan sepanjang 15 meter di lurang kumbahan di Wisma Yakin, kira-kira 44 meter dari lokasi utama kejadian yang dikesan semalam.
Menerusi pemerhatian Buletin TV3 di lokasi pagi ini, pasukan SAR terdiri daripada pelbagai pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus berada di lokasi kejadian dan kawasan sekitar bagi operasi pencarian.
Terdahulu, usaha selaman pada jam 4 pagi tadi oleh dua penyelam skuba dari Akademi JBPM Wilayah Utara dilaporkan menemui jalan buntu berikutan berdepan cabaran batu dan pasir yang banyak di dalam saluran kumbahan, selain arus deras menyebabkan usaha ke kawasan ‘backlog’ sukar selepas hampir setengah jam berada di lurang tersebut.
Operasi ditangguhkan seketika kira-kira jam 5 pagi tadi dan dijangka bersambung kembali hari ini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Mendapan tanah: Operasi SAR mencari mangsa memasuki hari ketujuh
- Mendapan Tanah: Sekatan sepanjang 15 meter dikesan di antara lokasi kejadian ke Wisma Yakin – BombaMendapan tanah: Menteri Wilayah setuju operasi diteruskan, pasukan SAR terus bersemangat
- [VIDEO] Mendapan Tanah: Pasukan SAR giat melakukan kerja ‘shoring’ secara manual di lokasi – DBKL
- Mendapan tanah: Operasi SAR awal pagi lebih agresif