Oleh: Fareez Azman
KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat diteruskan di lokasi mendapan tanah sejak awal pagi tadi, meskipun melewati jam 2 pagi.
Pemerhatian Buletin TV3 mendapati, operasi SAR lebih agresif berbanding hari sebelum ini.
Difahamkan unit penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) juga menjalankan pencarian melalui selaman serta ‘shoring’ dalam lurang kumbahan berhampiran lokasi kejadian dan Wisma Yakin.
Pada masa sama, kerja mengepam air di lurang kumbahan turut dilakukan pihak berkaitan.
Anggota pasukan SAR memaklumkan kepada media, penyelam berdepan cabaran batu dan pasir yang banyak di dalam saluran kumbahan, manakala arus deras menyebabkan usaha ke kawasan ‘backlog’ sukar.
Usaha selaman di dalam saluran kumbahan itu bagaimanapun sehingga kini, masih menemui jalan buntu.
Pada 23 Ogos lalu, Vijaya Lakshmi Gali, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter yang disebabkan oleh mendapan tanah di Jalan Masjid India.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Mendapan tanah: Audit Integriti akan dilakukan
- Mendapan tanah: Suruhanjaya Tinggi India beri sokongan berterusan kepada keluarga
- Mendapan tanah: Struktur kawasan kejadian di Masjid India bukan berasaskan batu kapur – Pakar Geologi
- Mendapan tanah: JBPM kesan objek terhalang, operasi SAR diteruskan pada jam 2 pagi
- Mendapan tanah: Selaman ke lokasi objek tersekat berdepan kesukaran
- Mendapan tanah: Operasi SAR mencari mangsa memasuki hari ketujuh
- Mendapan Tanah: Sekatan sepanjang 15 meter dikesan di antara lokasi kejadian ke Wisma Yakin – BombaMendapan tanah: Menteri Wilayah setuju operasi diteruskan, pasukan SAR terus bersemangat
- [VIDEO] Mendapan Tanah: Pasukan SAR giat melakukan kerja ‘shoring’ secara manual di lokasi – DBKL