KUALA LUMPUR: Operasi hari ketiga mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga India yang hilang selepas terjatuh dalam lubang sedalam lapan meter akibat kejadian mendapan tanah di Jalan Masjid India di sini, diteruskan pagi ini.
Sehingga kini, tiada sebarang petunjuk baharu ditemui menerusi pencarian di sepanjang enam lurang kumbahan di sekitar lokasi kejadian dan loji kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Pantai Dalam yang dijalankan sejak kelmarin dan semalam.
Enam lurang kumbahan itu adalah di hadapan Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Bank Pertanian berhampiran Lebuh Pasar dan Jalan Kinabalu.
Ketua Polis Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam sidang media malam tadi memaklumkan operasi SAR itu ditangguh pada 7 malam, sebelum memulakannya kembali pagi ini.
Beliau berkata operasi pencarian pada hari hari ini masih akan ditumpukan di enam lurang berkenaan sehingga ke loji IWK di Pantai Dalam kerana yakin mangsa masih terperangkap di antara kawasan itu.
View this post on Instagram
Pasukan SAR terpaksa berdepan dengan cabaran dengan melalui lurang kumbahan dalam keadaan sempit, selain arus deras dan keadaan udara di dalam terowong yang beracun yang boleh menimbulkan risiko kepada penyelamat.
Susulan pelaksanaan operasi SAR itu, beliau turut menyarankan peniaga di Jalan Masjid India untuk menutup premis perniagaan masing-masing buat sementara waktu, bagi mengelak risiko terhidu gas beracun yang mungkin keluar daripada lurang kumbahan semasa operasi SAR dijalankan.
Pada masa yang sama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang meneruskan siasatan ke atas struktur tanah di kawasan tersebut, untuk dapatan yang lebih terperinci dan penemuan tambahan bagi membantu pencarian.
Dalam kejadian pagi kelmarin, mangsa dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh di dalam lubang sedalam lapan meter akibat kejadian mendapan tanah di Jalan Masjid India, di sini.
Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, dilaporkan sedang berjalan kaki melalui kawasan berkenaan untuk menuju ke sebuah kuil berhampiran.- BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Tanah mendap, wanita jatuh dalam lubang benam
- [KEMAS KINI] Insiden tanah mendap: Usaha keluarkan mangsa sedang giat dijalankan
- [VIDEO] Mendapan tanah: Operasi mencari mangsa diteruskan dengan jentera DBKL
- [VIDEO] Mendapan tanah: Isteri sempat jerit minta tolong selepas terjatuh sebelum senyap
- Mendapan tanah: Ada aliran air deras di bawah, operasi mencari mangsa perlu ikut peringkat – Polis
- [VIDEO] Mendapan tanah: Sudah 12 jam, operasi mencari mangsa diteruskan meskipun hujan
- Mendapan tanah: DBKL akan terus bantu operasi mencari mangsa – Datuk Bandar
- [VIDEO] Mendapan tanah: Pencarian memasuki 30 jam, mangsa belum ditemui