Oleh: Fareez Azman
KUALA LUMPUR: Lurang kumbahan berhampiran Dataran Merdeka juga menjadi antara fokus lokasi pencarian mangsa wanita warga India yang hilang selepas terjatuh dalam lubang sedalam lapan meter akibat kejadian mendapan tanah di Jalan Masjid India di sini.
Lokasi berkenaan berada kira kira dua kilometer dari tempat kejadian mendapan tanah.
Lurang kumbahan berhampiran Dataran Merdeka juga menjadi antara fokus lokasi pencarian mangsa wanita warga India yang hilang selepas terjatuh dalam lubang sedalam lapan meter akibat kejadian mendapan tanah di Jalan Masjid India. pic.twitter.com/ukRW3ML3xV
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) August 25, 2024
Difahamkan pasukan penyelamat perlu lebih berhati-hati kerana terdapat gas di ruang bawah lurang berkenaan.
Dalam kejadian pagi kelmarin, mangsa dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh di dalam lubang sedalam lapan meter akibat kejadian mendapan tanah di Jalan Masjid India, di sini.
Berita lanjut menyusul.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Tanah mendap, wanita jatuh dalam lubang benam
- [KEMAS KINI] Insiden tanah mendap: Usaha keluarkan mangsa sedang giat dijalankan
- [VIDEO] Mendapan tanah: Isteri sempat jerit minta tolong selepas terjatuh sebelum senyap
- Mendapan tanah: Ada aliran air deras di bawah, operasi mencari mangsa perlu ikut peringkat – Polis
- [VIDEO] Mendapan tanah: Sudah 12 jam, operasi mencari mangsa diteruskan meskipun hujan
- [VIDEO] Mendapan tanah: Pencarian memasuki 30 jam, mangsa belum ditemui
- [VIDEO] Mendapan tanah: Operasi pencarian hari ketiga diteruskan