KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa dipercayai warga India yang hilang selepas tertimbus dalam kejadian mendapan tanah berhampiran Masjid India giat dilakukan ketika ini.
Pencarian kembali difokuskan di lokasi kejadian apabila jentera DBKL dikerah untuk mengorek mendapan tanah berkenaan.
@buletintv3 Terdahulu, seorang anggota bomba diturunkan di salah sebuah ‘manhole’ kira-kira 50 meter dari lokasi pertama bagi mengesan mangsa, selepas pada awalnya usaha mencari mangsa di lokasi itu menemui jalan buntu. #buletintv3 #TanahMendap #Masjidindia ♬ original sound – BuletinTV3
Sebelum itu, seorang anggota diturunkan di salah sebuah ‘manhole’ kira kira 50 meter dari lokasi pertama bagi mengesan mangsa selepas pada awalnya usaha mencari mangsa di lokasi itu menemui jalan buntu.
Dalam pada itu, terdapat rakaman CCTV dari premis berdekatan menunjukkan mangsa sedang berjalan bersama tiga lagi individu sebelum terjerlus.
Laporan lanjut menyusul.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.