comscore
Tumpuan :
Nasional

Mendapan tanah: Menteri Wilayah setuju operasi diteruskan, pasukan SAR terus bersemangat

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman (tengah), ketika sidang media di tapak lokasi kejadian tanah jerlus yang membabitkan seorang maangsa terjatuh di Masjid India, Kuala Lumpur. Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warganegara India yang hilang dalam kejadian mendapan tanah di Masjid India akan diteruskan.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, ia selepas taklimat bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa bersetuju agar operasi itu diteruskan sehingga mangsa ditemui.

“Pasukan SAR telah dipanggil oleh Menteri Wilayah untuk kami berbincang hala tuju pencarian mansa yang telah jatuh di sebelah sana pada 23 Ogos lalu.

“Agensi terlibat dalam pencarian telah mentaklimatkan segala tindakan telah diambil untuk mengesan mangsa, akhirnya YB Menteri Wilayah telah bersetuju untuk pihak SAR meneruskan pencarian mangsa yang hilang,” katanya.

Dari sudut motivasi pula tambahnya, pasukan SAR terus bersemangat dalam mencari mangsa wanita warga India, Vijaya Lakshmi Gali, 48, yang hilang sejak seminggu lalu.

“Jadi sekarang ini boleh saya katakan pasukan penyelamat dalam keadaan bersemangat meneruskan SAR dan pada masa sama kita doakan mangsa ditemui,”katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di sini petang tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini