Tumpuan :
Nasional

Mendapan tanah: Masjid India dan KL selamat, DBKL telah aktifkan ‘task force’ – Datuk Bandar

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengaktifkan pasukan petugas dalam menjalankan kajian secara terperinci mengenai keselamatan di ibu negara.

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif, pasukan itu akan melibatkan pakar daripada pelbagai agensi kerajaan yang terlibat.

“DBKL telah mengaktifkan task force bersama pakar-pakar daripada PDRM, JBPM, APM, termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

“Apa kita cuba dapatkan adalah maklumat daripada JMG adakah di sini (Masjid India) adalah tanah biasa.

“Walaubagaimanapun, saya telah sediakan satu task force bersama rakan-rakan lain JKR, JMG untuk kita menyemak lagi menyiasat lagi kawasan ini,”katanya.

Sementara itu tambah Maimunah, mesyuarat bersama pelbagai agensi yang dipengerusikannya mendapati kawasan Masjid India adalah selamat buat orang awam.

“Saya telah mempengerusikan mesyuarat bersama agensi sahabat, berdasarkan maklumat daripada rakan-rakan petang tadi.

“Situasi di Jalan Masjid India khasnya di Kuala Lumpur adalah terkawal dan selamat untuk dikunjungi dan warga kota boleh meneruskan rutin harian seperti biasa,” jelasnya lagi.

Menjawab mengenai dakwaan sesetengah pihak yang menularkan bahawa kawasan ibu negara tidak selamat, tegas Maimunah dakwaan itu perlu berasas.

“Saya berpendapat Kuala Lumpur telah lama dibina, selama ini adalah selamat. Kalau ada mengatakan tidak selamat, dakwaan itu mesti menunjukkan bukti dan kajian terperinci.

“Sebab kalau dilihat dari segi sedia ada Kuala Lumpur adalah selamat, melainkan ada kajian bukti yang tular media massa menunjukkan tidak selamat,”katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di sini hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini