KUALA LUMPUR: “Kami terpaksa membuat selaman di dalam air kumbahan, arus deras dengan penglihatan terhad (zero visibility) serta akses kecil menyukarkan pergerakan dan pencarian mangsa.”
Demikian kata Pegawai Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Penguasa Kanan Bomba I, Alimaddia Bukri yang berkongsi detik anggota bomba yang terbabit dalam operasi pencarian mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini.
“Masa turun ke bawah lubang memang takut, tapi ini memang tugas anggota bomba, kena lawan perasaan takut dan berserah kepada-Nya.
“Kami berbincang dan mendapatkan nasihat daripada pakar yang berkaitan, sebelum membuat apa-apa keputusan dalam operasi ini,”katanya yang berkongsi video berkenaan di dalam aplikasi TikTok.
Menurutnya, hujan turut menjadikan situasi berisiko terhadap pasukan penyelamat dalam operasi itu
“Operasi mencari dan menyelamat dibuat bukan berdasarkan bangsa, agama, usia, kaya atau miskin dan kewarganegaraan.
“Kami akan buat apa sahaja, sedaya upaya kepada sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan atau malapetaka, setiap kami mempunyai jiwa penyelamat yang sangat tinggi.
eliau berkata, operasi mencari dan menyelamat dibuat bukan berdasarkan bangsa, agama, usia, kaya atau miskin dan kewarganegaraan,” katanya.
Alimaddia berkata, beliau berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan pasukan penyelamat dalam operasi itu.
“Kepada keluarga mangsa, usah khuatir… kami akan cari mangsa seperti kami mencari dan menyelamat keluarga kami yang berada dalam kesusahan,” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Tanah mendap, wanita jatuh dalam lubang benam
- Mendapan tanah: Ada aliran air deras di bawah, operasi mencari mangsa perlu ikut peringkat – Polis
- [VIDEO] Mendapan tanah: Pencarian memasuki 30 jam, mangsa belum ditemui
- [VIDEO] Mendapan tanah: Operasi pencarian diperluas ke beberapa lokasi lain
- Mendapan tanah: Pelbagai kaedah dilakukan pasukan SAR, mengesan Vijayaletchumi