Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, melakukan tinjauan ke lokasi kejadian mendapan tanah di Jalan Masjid India, di sini.
Beliau tiba ke lokasi pada jam 4.35 petang sebelum dibawa mendengar taklimat operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa seorang wanita warga India, Vijayalechumi, 48.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, melakukan tinjauan ke lokasi kejadian mendapan tanah di Jalan Masjid India. pic.twitter.com/FF6RDkKKOr
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) August 28, 2024
Taklimat turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Kedua-duanya melawat lokasi kejadian runtuhan dan diberikan penerangan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Indah Water Konsortium (IWK).
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.