Tumpuan :
Nasional

Mendapan tanah: Carian SAR di lurang kumbahan 5, 6 tidak berhasil

FOTO: NSTP

Oleh: Fareez Azman

KUALA LUMPUR: Pencarian pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di lurang kumbahan 5 dan 6 bagi mengesan mangsa wanita warga India yang hilang dalam kejadian mendapan tanah berhampiran Masjid India, tidak menemui sebarang petunjuk baharu.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Rozihan Anwar Mamat, pencarian itu pada awalnya dilakukan selepas pihaknya menerima laporan laluan air kumbahan itu tersekat.

“Kita dah selesai, kita buat carian semula sebab semalam kita dah habis 6 lurang kumbahan.

“Kita dapati lurang kumbahan 5 dan 6 arusnya perlahan, ada kemungkinan tersekat disebabkan sisa serpihan. Sebab itu kita buat pencarian semula,” katanya.

Bagaimanapun usaha mengesan mangsa di kedua-dua lurang itu tidak menemui sebarang petunjuk keberadaannya.

“Kedua-dua lurang kumbahan itu telah selesai operasi setengah jam lalu, telah selesai dan negatif.

“Kemungkinan ia hanya serpihan dan apa-apa menganggu laluan air,” katanya lagi dalam sidang media di sini hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini