Oleh Nurul Amalina Zainudin
KUALA LUMPUR: Empat anggota bomba dilihat turun ke dalam kawasan mangsa wanita warga asing yang terjatuh dalam kejadian mendapan tanah di Jalan Masjid India, di sini, dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua bermula jam 9 pagi tadi.
Kawasan pencarian kini tertumpu di dua lokasi iaitu di kawasan mangsa terjatuh dan satu lagi lokasi kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.
Dalam insiden pada jam 8.20 pagi semalam itu, mangsa Vijayaletchumy, 48, yang berasal dari Andhra Pradesh, India tiba-tiba terjerlus ke lubang sedalam lapan meter ketika berjalan bersama keluarganya di Jalan Masjid India.
Berita lanjut menyusul.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Tanah mendap, wanita jatuh dalam lubang benam
- [KEMAS KINI] Insiden tanah mendap: Usaha keluarkan mangsa sedang giat dijalankan
- [VIDEO] Mendapan tanah: Operasi mencari mangsa diteruskan dengan jentera DBKL
- [VIDEO] Mendapan tanah: Isteri sempat jerit minta tolong selepas terjatuh sebelum senyap
- Mendapan tanah: Ada aliran air deras di bawah, operasi mencari mangsa perlu ikut peringkat – Polis
- [VIDEO] Mendapan tanah: Sudah 12 jam, operasi mencari mangsa diteruskan meskipun hujan
- Mendapan tanah: DBKL akan terus bantu operasi mencari mangsa – Datuk Bandar