comscore
Tumpuan :
Nasional

Mendapan jalan gusarkan 5,000 penduduk

DUNGUN: Lebih 5,000 penduduk di beberapa perkampungan di daerah Dungun, Terengganu berdepan kesulitan untuk melakukan aktiviti harian selepas jalan yang biasa digunakan untuk ke Bandar Dungun mendap dalam kejadian banjir besar baru-baru ini.

Ekoran itu, mereka terpaksa menggunakan jalan jauh untuk menuju ke pusat bandar.

Terletak berhampiran dengan bandar bukit besi, jalan ini adalah laluan utama bagi penduduk di kampung paya lawas, kampung dendang dan kampung jerangau.

Mendapan yang berlaku selasa lalu mengakibatkan sebahagian daripada struktur Jalan Jerangau – Jabor berlubang dengan kedalaman hampir dua meter.

Bagi penduduk, mereka kini tiada pilihan lain dan terpaksa menggunakan laluan alternatif yang mana jaraknya lebih jauh.

Bagi penduduk yang perlu menyelesaikan urusan dengan segera, jalan berliku ini terpaksa juga ditempuhi.

Sementara itu Penyelaras Dun Bukit Besi, Ghazali Sulaiman ketika dihubungi berkata, satu perbincangan bersama Jabatan Kerja Raya Daerah Dungun telah diadakan baru -baru ini untuk mencari penyelesaian.

Difahamkan, kerja pembaikan akan dilakukan pada kadar segera selepas proses perbincangan bersama pihak berkaitan selesai.

Loading...
Terkini