comscore
Tumpuan :
Nasional

Mendapan baharu 50 meter dari lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India

Satu lagi kejadian tanah mendap dilihat berlaku kira-kira 50 meter dari lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India.

KUALA LUMPUR: Kejadian tanah mendap dikesan berlaku kira-kira 50 meter dari lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini.

Kejadian mendapan itu dipercayai berlaku sekitar 2.30 pagi tadi, susulan hujan lebat dan ribut pada malam tadi.

Bagaimanapun, tinjauan di lokasi mendapati kawasan itu telah ditutup sepenuhnya oleh pasukan keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Orang awam juga tidak dibenarkan berada di lokasi berkenaan.

Kejadian tanah jerlus pada Jumaat lepas menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di situ, dengan operasi mencari dan menyelamat memasuki hari keenam hari ini. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini