comscore
Tumpuan :
Nasional

Menara Kuala Lumpur tawar diskaun tiket sempena Bulan Kebangsaan

KUALA LUMPUR: Menara Kuala Lumpur mengadakan Kempen Merdeka Madness dengan menawarkan diskaun sebanyak 60 peratus bagi tiket ke semua tarikan di menara itu khas untuk warga tempatan.

Kempen sempena Hari Kemerdekaan ke-67 itu akan diadakan selama 47 hari bermula 1 Ogos hingga 16 September ini.

Kempen itu menawarkan tiket lawatan ke Sky Deck sebanyak RM28 bagi dewasa, RM15 (kanak-kanak); Observation Deck (RM12 dewasa) (RM8 kanak-kanak) dan Tower Walk 100 (RM8 dewasa) (RM6 kanak-kanak).

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akhbar Khan, berkata kempen itu bukan sekadar sambutan, tetapi lambang semangat inovasi dalam industri pelancongan negara.

Katanya, tahun lalu menyaksikan kejayaan luar biasa kempen dengan sambutan yang diterima bukan sahaja menggalakkan tetapi menjadi bukti kukuh bahawa Malaysia dengan keunikan budaya dan penuh dengan tarikan pelancongan.

“Keunikan Menara Kuala Lumpur sebagai mercu tanda ikonik negara, ditambah dengan pakej dan aktiviti menarik seperti Kempen Merdeka Madness ini, membuka peluang baharu kepada pengunjung untuk menikmati pengalaman pelancongan yang lebih bermakna.

“Ia bukan sekadar lawatan, tetapi perjalanan menerokai warisan dan kemodenan Malaysia,” katanya pada ketika merasmikan Kempen Merdeka Madness, di Menara Kuala Lumpur di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Nazli Saad, berkata sepanjang kempen diadakan pelbagaiaktiviti akan diadakan termasuk pencahayaan menara ‘Colours of Malaysia Tower Lighting’.

Katanya, aktiviti itu akan mewarnai keseluruhan menara dengan pencahayaan warna bendera 14 negeri di Malaysia.

Kempen Merdeka Madness kali kedua selepas melihat sambutan sangat menggalakkan daripada pengunjung pada promosi tahun lalu dengan lebih 200,000 pengunjung sepanjang promosi.

“Selepas promosi Merdeka Madness berakhir tahun lalu, jumlah pelancong tempatan meningkat sebanyak 40 peratus.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini