comscore
Tumpuan :
Nasional

Menantu Muhyiddin nafi melarikan diri

Muhammad Adlan Berhan, Mansoor Saat

PETALING JAYA: Menantu kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, menafikan beliau melarikan diri daripada pihak berkuasa negara ini.

Dalam satu kenyataan, peguam Baljit Singh Sidhu berkata, anak guamnya akan pulang ke negara ini bagi membantu sebarang siasatan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selagi mana tiada unsur ancaman dan penganiayaan terhadapnya.

Artikel berkaitan : Dua ‘orang dikehendaki’ termasuk menantu Muhyiddin dipercayai lari ke luar negara – SPRM

Menurut Baljit Singh, Muhammad Adlan meninggalkan Malaysia secara sah dan tidak pernah ditangkap atau dipanggil oleh SPRM.

“Anak guam kami seperti mana rakyat Malaysia bebas yang lain mempunyai hak untuk bergerak ke mana-mana dan melancong termasuk ke luar negara lebih-lebih lagi untuk menjalankan perniagaannya di mana-mana tempat di dunia ini.

”Penggunaan hak-hak ini oleh anak guam kami tidak boleh disalah tafsir sebagai cubaan mengelak daripada  penyiasatan”, menurut kenyataan itu.

Baljit Singh berkata, Muhammad Adlan pernah dihubungi pegawai SPRM dan menjawab secara bertulis melalui surat bertarikh 3 Jun lalu dengan menyatakan beliau akan keluar negara bagi urusan dan akan kembali selepas hal itu selesai.

Beliau berkata, anak guamnya yang sudah memberikan tarikh kembali ke tanah air, terkesan dengan tindakan SPRM ‘memburu’ dan menuding jari terhadapnya sehingga merugikan beliau.

Artikel berkaitan : [VIDEO] SPRM cari menantu Muhyiddin, peguam

Katanya, sehingga kini Muhammad Adlan tidak menerima jawapan rasmi daripada SPRM.

“Anak guam kami secara mutlak, menyatakan beliau tidak bersalah dan berhak untuk tidak dibicarakan di mahkamah umum oleh mana-mana agensi penguatkuasaan. Beliau bersedia membantu sebarang siasatan dan percaya kepada proses kehakiman tetapi pada masa sama, ia perlu melindungi hak dan kebebasannya mengikut undang-undang.

“Anak guam kami menyatakan bahawa beliau pasti akan pulang ke Malaysia secepat mungkin untuk menjawab semua persoalan dan membantu SPRM dalam sebarang siasatan selagi mana tiada unsur ancaman dan penganiayaan terhadapnya.

“Anak guam kami juga ingin menegaskan bahawa beliau tidak akan teragak-agak memulakan tindakan yang perlu untuk melindungi, memelihara dan membela haknya seperti yang termaktub dalam perlembagaan,” katanya.

Isnin lalu, SPRM  dilaporkan sedang mengesan Adlan dan seorang peguam Mansoor Saat berhubung siasatan kes
projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian, dipercayai ada kaitan dengan penyelewengan dana berjumlah kira-kira RM10 juta.

Artikel berkaitan : Isu seleweng dana RM10 juta punca SPRM cari menantu Muhyiddin, peguam 

Loading...
Terkini