Tumpuan :
Nasional

Memandu secara melawan arus, pemandu e-hailing beri alasan jalan gelap

Foto tular

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu e-hailing memberi alasan jalan gelap dan tidak perasan memasuki ke laluan bertentangan menyebabkan dia memandu secara melawan arus di Jalan Langkasuka, Larkin di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video papan pemuka kereta yang tular di media sosial berhubung insiden itu pada jam 2 petang semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 11.46 malam pada 24 Ogos lalu.

“Pada jam 4.20 pagi tadi, pihak polis berjaya mengesan pemandu kereta yang juga warga tempatan berusia lingkungan 50-an.

“Pemandu itu mengaku memandu kenderaan pada hari kejadian dengan cara memotong garisan berkembar. Dia juga mendakwa pencahayaan gelap di kawasan kejadian dan tidak perasaan memasuki lorong bertentangan.

“Pemandu itu hanya sedar apabila kereta berhadapan memberikan lampu tinggi kepadanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata saman sudah dikeluarkan kepada pemandu terbabit jam 7.19 pagi tadi kerana tidak mematuhi arahan trafik di bawah (079 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, sebuah video berdurasi seminit memaparkan tindakan pemandu kereta jenis Myvi terpaksa memberhentikan kenderaan seketika di bahu jalan kerana pemandu kerana kereta Proton Saga terbabit memandu di laluannya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini